Infrastruktur Sekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai

Kini, terdapat 6 bangunan utama yang terdapat di SK Sungai Binjai. Setiap bangunan ini pernah dinamakan sempena dengan daerah-daerah Selangor. Dan kini hanya diletakkan dengan huruf pengenalan supaya mudah untuk diingati. Bangunan dan infrastruktur yang terdapat di SK Sungai Binjai adalah:

1. Bangunan Blok A

  • Menempatkan kelas-kelas Tahun 3 dan Tahun 6.
  • Menempatkan Dewan Bistari (dewan terbuka).

2. Bangunan Blok B

  • Menempatkan Bilik Guru (tingkat 1), Bilik J-Qaf (Tingkat 2).
  • Tingkat Bawah - Bilik Mesyuarat, Bilik Kualiti/SPSK dan Pejabat Sekolah.

3. Bangunan Blok C

  • Menempatkan kelas-kelas Tahun 5 dan Tahun 1 (7 kelas), Tahun 6 dan Tahun 2 (3 kelas).
  • Menempatkan stor SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) dan kedai buku.

4. Bangunan Blok D

  • Tingkat 1 - surau, stor SPBT, 3 kelas Tahun 5 dan 2, Bilik Pengawas dan Kaunseling (bilik ini dahulu digunakan sebagai pejabat sekolah dari tahun 1970-2010, sebelum berpindah ke Blok B).
  • Tingkat bawah - stor sukan, bilik LINUS dan BBM, Pusat Sumber, 1 kelas Tahun 5/Tahun 2 dan Bilik Guru lama (masih digunakan).

5. Bangunan Blok E

  • Tingkat 1 - kelas-kelas Tahun 2 dan Tahun 4, Makmal/Bilik Sains, Pusat Akses PIBG.
  • Tingkat bawah - Bengkel Kemahiran Hidup, Kelas Permata Gemilang (Pemulihan/LINUS) dan Klinik Gigi.

6. Bangunan Blok F

  • Menempatkan kelas-kelas Tahun 1 dan Tahun 4.

Selain dari 6 bangunan utama, terdapat juga bangunan dan infrastruktur lain yang berasingan seperti Makmal Komputer, Kelas-kelas Pra-Sekolah, Stor/Bilik Aktiviti Ko-Kurikulum, padang, gelanggang takraw/badminton, kantin dan juga 1 blok Kuarters Kakitangan SK Sungai Binjai.

Rujukan

WikiPedia: Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai http://www.nap.edu.au/naplan/naplan.html http://imann9969.blogspot.com/2009/06/platun-sk-sg... http://mujahidkecilsksb.blogspot.com http://sayfullzone.blogspot.com/2009/03/bukan-kern... http://sksb1975.blogspot.com/2011/04/sekolah-keban... http://smkmeruklang.blogspot.com/p/sejarah-sekolah... http://www.kgmeru.com/modules.php?name=Content&pa=... http://www.kgmeru.com/modules.php?name=News&file=p... http://sksbdenguepatrol.com/ http://www.youtube.com/watch?v=ERy_h7SDLQY